Sambungan
was posted at 05:19 with 0 comments
Sambungan...

Pada malamnya  : Si A mengadu kepada ibunya supaya tidak menyuruhnya menaiki bas kerana risau terbabas sampai ke Mentakab so maka ibunya Si A suruh lah Si A pergi dengan kakak nya buat sementara waktu. Untuk pengetahuan kalian, masa tu kakak Si A tengah pantang bersalin, demi adik dia rela naik motor hantar Si A pergi sekolah...see? kasih sayang seorang kakak. Huhu Si A takkan lupa kan punyalah. Pada awal-awal tu memang Si A dihantar dan diambil oleh kakaknya..dan kadang kadang Si A naik teksi dengan Si B, C,D, E sampai masa tu Si A rasa bersedia dah nak bawak motor memandangkan dah tau jalan shortcut nak gi sekolah dia. Untuk pengetahuan korang sekali lagi, Si A ni belajar motor waktu form 1 dengan rakannya bernama Fathul yang tidak putus-putus ajar. Jadi Alhamdulillah dalam sekelip mata Si A dapat ramai kawan daripada 4 kelas..sebabkan Si A mempunyai ramai kawan jadi Si A selesa kerana suasana berkawan tu sama seperti suasana yang dia rindui kat sekolah lama. TAPI TAPI TAPI dalam keseronokan berkawan Si A ni jahat! Dia berniat nak test Si B dan lain lain tapi dia sempat buat kat Si B je? Kenapa yang lain tak sempat? Jawapan dia Si A dah taubat. Okay dalam persahabatan boleh dikatakan the best tu Si A terus lalai dan lalai sampai lupa yang nanti Allah akan tunjuk semua. Tahun 2012 bagi Si A tahun yang sangat awesome bak kata budak market Kuantan kerana all is well.

Pada tahun 2013 : Si A berazam dengan B,C,D,E nak study sesama..tusyen sesama.. masuk pancaragam sesama...training sukan sesama.. Yeah memang semua tu dah berjaya tapi tak sepenuhnya. Sad. Sebab apa yang Si A dah buat Si B dah tau...Walaupun masalah Si A hanyalah dengan Si B tapi Si C, D,E sampailah Z turut terasa efeknya. Si B kecewa dengan Si A lalu memutuskan persahabatan yang terjalin. Si A tak tau nak react macam mana....dia tak nangis cuma menyesal. So efek kepada Si A opkos perspektif 'kawan-kawan' Si A berubah..well siapa suka penipu? Si A redha dan pasrah sebab dia tau salah dia. Si A sekarang dah okay dengan Si B, C, D, E..cuma Si D macam tetap macam tak suka.......But Si A tak kisah pun.. Dia bersyukur sebab tahun ni dia form 3..ce kalau dia form 1 atau form 2? Bukan ke susah nak hadapi semua ni?    Si A redha dan tak kisah bila Si B dah dapat pengganti dia...cuma kecewa ah bila dia disindir tapi dia buat bodoh je. And Si A masih tak berani nak tegur kawan kawan yang lain selain B C D E sebab humm diorang pandang macam pandang pembunuh *hati kecil Si A berkata* Disebabkan Si A ni rasa bersalah banyak benda yang Si A nak tak dapat contohnya pancaragam elok elok masuk dia tarik diri sebab tak nak face reality lepas tu tusyen dah daftar 3 minggu dia tak datang and dia berhenti sebab tak selesa and tak mau ganggu yang lain lepas tu elok elok datang hockey dia tak datang sebab layan rasa hati yang kononnya sedih padahal salah sendiri memang padan muka ah Si A. Selepas hadapi masalah tu Si A banyak belajar...and Si A sekarang solat cukup 5 waktu!! Dulu Si A tu Subuh sokmo tinggal lepas tu bila Math dapat FAIL dia merungut padahal dia tak solat Subuh..gane nak berkat ilmu? Begitulah bengongnya Si A.. Kadang-kadang Si A balik rumah mandi, online, tidur..Zohor entah ke mana. Bila dah tidur waktu Zohor memang Asar goodbye lah. Then maghrib baru bangun, mandi punya lama..then Isyak masuk pergi online..tengok tv dan tidur. Tapi ada baiknya semua ni berlaku sebab Si A pun dah belajar yang solat tu penting and kalau nak luah apa-apa luah kat Allah. Dalam sedih sedih tu ada jugak yang terima Si A dengan ikhlas iaitu Si L.... Serius terkejut, di saat orang lain hilang takpun sedia nak jauhkan diri or sedia nak banned/bash Si L tetap kewl je terima kesalahan Si A and kasi advise yang kewl...supanya Si A 'Keep Calm and Go To School'. Jasa Si L memang Si A tak lupa lah. Then Si L banyak kasi motivation.. and Si A ada kawan yang dianggap boleh harap and rapat and kasi sokongan bila dia susah..dia budak TJ 2 lolol tapi apakandaya mana boleh kita paksa orang kawan dengan kita. THE END

So moral of the story is "Don't be a liar..cause if you are a paper, once it crumple it wouldn't be perfect anymore" So please gimme a clap please..



Nasib Si A sekarang...redha dan tabah menunggu PMR..