Assalamualaikum
was posted at 08:10 with 0 comments
Assalamualaikum. Bismillahirahmanirrahim wasolla tu wassola ashrafi anbiyaa i wal mursalin wa ala alihi waasoh bihi wasalam walhamdulillahirabbi alamin. Bagi yang ingat aku delete blog no, aku tak delete cuma aku tukar link and hide blog. Tapi aku delete semua post yang lepas sebab banyak unsur mengumpat, mengata, koya, poyo dan entah apa-apa. Jadi aku nak cerita penghijrahan aku. Sebelum tu aku mintak maaf. Aku ada cerita yang menggunakan watak A B C D E.

Intro : Okay seperti mana yang diketahui manusia tak terlepas daripada melakukan kesilapan/khilaf begitu juga kita. Okay Si A ni kawan kepada Si B, C, D, E dan semua huruf lagi..semua kawan dia. Si A ni baru pindah sekolah bulan 3 tahun 2012 maka Si A ni agak fobia untuk mencari kawan kerana Si A ni ingat macam darjah 1... Ye la darjah 1 kan payah nak cari kawan kalau tak ramah/kalau tak tadika sama/whatever. Maka dengan harapan mendapat kawan yang se-awesome di sekolah lama nya Si A berazam agar dikurniakan kawan yang baik...sekepala. Si A daftar lah di sekolah tersebut, dia ingat dia boleh masuk kelas terus rupanya sekolah tu cuti sebab kelmarinnya ada mesyuarat PIBG.. 

Pada keesokan harinya : Si A dengan penuh debaran bersama ibunya ingin mencari Cikgu K *bukan Datuk K* jadi mereka mencari bilik guru untuk berjumpa dengan bakal guru kelas Si A tersebut. Tada! Cikgu K dah dijumpai maka Cikgu K mengiringi Si A dan ibunya Si A ikut sekali nak survey. Then Si A masuklah kelas ni..dengan perasaan malu dia hanya tercongok duduk di belakang kelas sambil meninjau-ninjau kawasan sekeliling. Lalu ada hamba Allah ni peramah..tegur dia dan Si A ceriaaaaaa semula. 

Pada hari yang sama (waktu rehat) : Si A ingin rehat tapi taktau kantin jadi Si A hanya duduk di kelas dan Si A nak tanya orang sebelah Si A tapi orang sebelah Si A macam nak tak nak je layan so Si  A pasghah.

Pada keesokan harinya (esok kepada esok) : Si A dimaklumkan bahawa dia telah salah masuk kelas jadi dia perlu berpindah ke kelas lain. Pada hari tu jugak Si A dengan perasaan yang malu memberi salam dan menerangkan sebab apa kedatangan baginda. Then waktu tu waktu Math, jadi cikgu Math tu agak tak mau diganggu so Si A dikehendaki masuk ke kelas selepas rehat. Maka Si A waktu itu bersama seorang teman kebetulan temannya itu mengenali ahli bakal kelas baru Si A. Jadi dah habis rehat...Si A jumpalah kawan baru Si B dan Si C. Si B dengan baik hati mengangkat meja untuk Si A..auwh baiknya.. Pada mulanya Si B sungguh banyak tanya tapi Si A hanya redha melayaninya. Si A gembira kerana ahli kelasnya peramah dan dia bersyukur sebab dah ada kelas yang tetap. FYI *cewah omputih pulak* Si A duduk sebelah budak Cina...yang obses kpop..Si A agak anti kpop maka dia agak menyampah pada permulaan tapi setelah hari-hari menghadap benda yang sama Si A ghedo. Kerana agak baru dengan suasana bandar ini Si A tidak dijemput oleh kakak nya mahupun orang lain jadi Si A decide nak naik bas. Tunggu punya tunggu punya tunggu nak dekat pukul 5 baru lah bas sampai..jadi Si A dengan bodohnya pakai naik je..then dia nampak bas tu dah melepasi simpang rumah dia, dengan bengap dia hanya memandang kerana hati nya berkata "Maybe bas ni U-Turn balik" then seterusnya ramai yang turun kat Taman Chengal, Si A agak pelik tambah pula dia tak pernah naik bas..Jadi sampai lah di Mentakab, Si A panik sebab konduktor bas meminta tiket...Si A bertanya "Bas ni nak gi mana??? *dengan perasaan nak nangis*" lalu konduktor bas menjawab "Ayoo amoi ini bas mau ke Bentong maa" Si A hampir pitam lalu bertanya "Saya nak balik rumah saya di TJ" konduktor bas membalas "Ayoo amoi, lu sulah silap bas ma..Lu nampak itu bas tak? *sambil tunjuk kat bas yang ada kat traffic light lalu Si A angguk" pigi kejar itu bas naik sama itu bas. Lali cepat! Nanti terlepas..ini sulah pukul belapa.." lalu Si A dengan uniform polis lengkap dan beg sekolah skema yang berat berlari bagai dikejar perogol ehh dikejar anjing dan syukurnya bas itu dapat dinaiki. TAPI! Malang nasib Si A tidak berhenti di situ kerana bas itu tidak turun di simpang rumah nya lalu dia decide nak turun di Batu Satu...sambil menggunakan belas kasihan Si A dengan tidak malunya meminjam telefon seorang kakak yang baik untuk telefon ibunya..then Si A menyeberangi jalan menggunakan jejantas lalu menunggu taxi...bersama budak sekolah agama dan Si A dengan peramahnya menegur orang sebelah dan mendapat respon. Jadi taxi pun sampai...dan nasib malang Si A seterusnya ialah Si A punya taxi tak masuk kat simpang jadi sebab kan dah nak maghrib Si A dengan redha nya berjalan kaki sampai depan rumah. Sesungguhnya hanya tuhan yang tahu letihnya. Disebabkan kejadian itu Si A tidak mahu naik bas lagi...

Bersambung...